Ruangan ini adalah saya sediakan untuk para agent mendapat jawapan. Sebelum ini ramai yang bertanya soalan² seperti ini. Saya sediakan disini di harap dapat memudahkan kefahaman anda. Jika ada persoalan yang baru akan saya tambahkan di sini. Terima kasih
.
*Bagaimana cara saya untuk mendaftar sebagai agent topup?
Anda boleh menghubungi untuk keterangan lanjut di talian :
Careline : 012-8412344
*Berapa modal yang perlu saya keluarkan untuk memulakan bisnes ini?
Modal terpulang kepada anda. Kami memberi kebebasan kepada anda untuk menambah modal.
*Benarkah nombor simkad celcom itu hanya boleh jual topup celcom sahaja?
Tidak, perbezaannya hanyalah pada pengguna, sama ada mereka dari pengguna line maxis / line celcom untuk mendaftar sebagai agent sahaja. Tiada kena mengena dengan topup. Di ketiga² server ini boleh untuk jual topup sama ada maxis, celcom, digi, u-mobile, & italk.
*Adakah agent biasa boleh upgrade kepada DEALER?
Ya, anda boleh upgrade kepada DEALER . Tetapi anda perlu membuat bayaran yang sama iaitu RM750 jika anda ingin mendaftarkan diri sebagai DEALER.
*Adakah agent biasa boleh mendaftarkan @ rekemen orang luar menjadi DEALER?
Tidak, agent biasa hanya boleh rekemen kepada mereka yang berminat untuk menjadi agent sahaja. Komisen diberikan adalah RM10/agent. (NEW!)
*Berapakah nilai minimum untuk tambah modal?
Nilai minimum untuk tambah modal adalah RM50 dan ke atas.
*Adakah dengan menggunakan 1 telefon bimbit sahaja sudah boleh menjual semua produk?
Ya, dengan hanya 1 pendaftaran & 1 no.agent sahaja anda boleh menjual semua produk seperti maxis, celcom, digi, u-mobile & italk
*Adakah pihak ss communication service station menawarkan bonus setiap bulan kepada setiap agent?
Tidak, pihak kami tidak menawarkan sebarang bonus kerana agent telah mendapat keuntugan daripada hasil jualan mereka sendiri [maxis 2% , celcom 3%, digi 1.%]. Cuma, kami hanya memberi komisen RM10 kepada mereka kerana perkenalkan agent baru menyertai perniagaan kami. Itu adalah tanda terima kasih dari kepada anda.
*Bagaimana keuntungan diberikan? Adakah ia akan dimasukkan ke dalam akaun bank?
Tidak, keuntungan akan diberikan terus apabila anda menjalankan transaksi jualan. Cara pengiraan seperti berikut :
Jika anda menjual topup Celcom bernilai RM10 dan keuntungan adalah 3%
Maka RM10 x 3% = 0.30sen . Daripada server akaun modal anda hanya akan ditolak RM9.70sen sahaja dan RM0.30sen (keuntungan anda) akan kekal di dalam akaun modal anda & dan meningkat apabila anda melakukan jualan seterusya.
*Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal ?
Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:
-Prepaid Handphone anda habis.
-Modal credit anda habis.
-Password anda salah.
-Kod produk salah.
-No. Tujuan tidak benar.
-Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
-Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke nombor server.
*Server ni selalu bermasalah tak?
Setiap server pasti ada masalah, saya tak jamin 100% . Saya tak boleh katakan server saya paling bagus, sebab setiap syarikat reload juga mengalami masalah yang sama. Saya juga turut pernah mengalami situasi itu. Tetapi masalah itu dapat di atasi walaupun ia lambat. Saya harap anda dapat bersabar jika mengalami situasi seperti itu.
*Jika saya pada asalnya pengguna Celcom, dan line saya bertukar pada maxis, Adakah saya perlu daftar semula?
Ya, perlu daftar semula. Pendaftaran baru tu saya akan cas RM10 sahaja. Oleh itu anda perlu membuat pilihan yang betul sebelum mendaftar.
*Adakah ss communication service station ini berkonsepkan MLM?
Saya tegaskan disini perniagaan ini bukan berkonsepkan MLM. Ini adalah perniagaan kecil²lan yang mudah untuk anda menambah pendapatan. Tidak perlu mencari downline.
No comments:
Post a Comment